background

Sabtu, 29 Ogos 2009

b i l e r n y e . . .

arini ari ahad... (cuti... yeay....)
cuti hujung minggu...
xtvt arini adalah :-
ziarah kubur arwah ma... (xtvt wajib setiap ari cuti & waktu terluang)
pastuh singgah pasar tani...
abah beli ikan talapia...
nak bakar katenya..
aku & myra raun2 kat bahagian kain...
tersambar ler tudung 2 elai... ('ter' ke?)
pastuh balek umah...
kemas2 umah sket...
mlm nih kena jaga kaunter H1N1 lagik...
pkl 9pm - 7am esok...
tp rase cam balek pkl 5am kot kalo takde org...
myra ada wat logo utk ari merdeka kat dewan sukpa...
kena lah bg sokongan moral...
hakhak...
aku skang nih rasenye makin jiwa kacau...
mslh pertama aku :-
bukan nak salahkan mana2 pihak...
kalau nak tukarkan aku, tukarkan jelah...
jgn ler main tarik2 tali...
aku pun dah tak sabar nak tukar department lain...
dah buhsan sangat duduk kat sini...
badan panas sebab ekon rosak boleh tahan lagik...
kalau hati panas, tuh yg takbley tahan tuh...
aku takde masalah dgn bozz2 & rakan2 sekerja (tipu lah... ada lah jugak sket)
tp mungkin jiwa aku dah tak serasi nak buat kerja2 tuh...
kerja semakin bertambah2...
diorang nih plak kalo nak apa2 tak nyempat2...
cuba kita yg nak dapatkan dokumen dari diorang...
mcm2 alasan bagi...
mcm lah kite jaga servis dia sorang...
sesungguhnya kerja kat HR nih mmg tensen...
nak2 HR kat hospital gomen...
bozz2, cepat2lah tukarkan saya... (plizzzz....)
mslh ke2 aku :
ada org kata aku bukak akaun frenster, fesbuk dll utk cari pakwe...
amboi3x...
sedapnye mulut...
nih mesti buta it...
die tau tak mende2 alah nih semua bukan tujuan utk carik jodoh jerk...
mentang2 aku nak dekat umo 30 tp tak kawen2 lagik...
jgn ler tuduh aku yg bukan2...
ramai per yg dh kawen, dah beranak pinak pun ade akaun fs, fb...
mende nih sbnrnya byk gunanya...
kite bleh jupe balek mmbr2 kite masa skolah2 dulu...
bley tgk pic2 kite masa muda2...
boleh komen2 sesame kite...
pd yg tuduh aku yg bukan2 tuh...
bwk2 ler beristighfar...
bulan2 pose nih, jaga lah mulut tuh...
suka ati aku lah nak ada frenster ker, fesbuk ker...
ko tak reti main, ddk diam2...
jgn nak kaco aku...
aku tak kaco pun ko...
ko wat jelah kijer ko tuh...
dah... sekian utk kali nih...
nak zzZZzz jap...
mlm kang nak berkhidmat untuk negara plak...

Jumaat, 21 Ogos 2009

S a l a m R a m a d h a n . . .

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua...
esok start pose...
teringat betapa indahnya bersahur & berbuka puasa bersama arwah ibu tersayang...
tp apekan daya...
puasa thn nih tetap kena lalui dgn tabah...
minggu nih mcm2 peristiwa tjadi...
kena tukar department...
nak setelkan kije2 opis...
nak kena buat serah tugas...
tetibe plak dapat surat nk mintak dokumen urgent...
penin sggh rasanya...
pg tadi injek influenza...
kepala dah start rasa hanyut...
tuh yg tak suke cucuk2 nih...
antibodi tak kuat agaknya...
argghhh...
lain kali lah sambung...

Selasa, 4 Ogos 2009

H 1 N 1 l a g i k . . .

semalam dah ada 1 kes kematian di kuantan...
budak umur 6 tahun...
bahaya jugak kan penyakit nih...

kali nih aku tambahkan info tentang Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amnya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

- Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu

- Batuk berdarah atau kahak berdarah

- Sakit dada berterusan

- Cirit-birit atau muntah yang kerap

- Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih

- Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan

- Rasa pening apabila berdiri

- Kurang kencing

* Info diperolehi dari www.moh.gov.my

H 1 N 1 . . .

H1N1...
nampaknya makin menjadi2...
makin ramai yang demam & datang check kat hosp kerajaan...
syukurlah sudah ada kesedaran dalam diri masing2...
tp, kalo korang demam & nak dapatkan rawatan di hosp kerajaan, jglah tergezut plak biler tgk ramai sgt yg datang...
kat HTAA, Kuantan saja, pukul 1am, ade seratus lebih org yg sedang menunggu turn utk rawatan...
punyelah ramai, sampaikan pasang kanopi kat tepi jbtn kecemasan sbgai tmpt diorang berteduh...
aku yg kije kat bahagian HR pun kena sama2 turun padang tolong staf2 di jbtn kecemasan...
tak pasal2 kena kije shift...
tapi takpelah...
KAMI SEDIA MEMBANTU...
so, kat sini aku akan paparkan maklumat2 yg berkaitan dgn H1N1...
Influenza A(H1N1) : Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
Berehat secukupnya.
Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah
Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
Jangan kongsi peralatan peribadiPeralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
Batuk berdarah atau kahak berdarah
Sakit dada berterusan
Cirit-birit atau muntah yang kerap
Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
Rasa pening apabila berdiri
Kurang kencing