background

Ahad, 19 Julai 2009

k e n a n g a n p a h i t . . .

seperti yang semua tau, arwah mak aku dah kembali ke rahmatullah pada 18 april 2009 jam 11.15am...
kat sini aku nak berkongsi cerita detik2 terakhir arwah mak aku sebelum menghembuskan nafas terakhir...
khamis 16/04/2009, ketika sedang berkemas2 nak pulang ke rumah, adik aku sms bgtau yg mak aku sesak nafas...
cepat2 aku kemas & pulang ke rumah...
hari hujan lebat yg amat...
jalan dah mula jammed...
perjalanan pulang ke rumah yg sepatutnya 20 minit menjadik hampir sejam...
dalam perjalanan, aku sms along minta dia call ambulans untuk mengambil mak aku untuk di bawa ke hospital...
kalau nak bawak naik kereta agak sukar kerana kali ini mak aku langsung tidak terdaya untuk mengangkat badan...
lagipun dia perlukan bantuan oksigen...
dalam perjalanan airmataku tak henti2 mengalir...
bimbang tidak sempat bertemu...
kebetulan radio memutarkan lagu untukmu ibu dendangan exist...
aku rasa sangat tidak sedap hati...
sampai aku di rumah, pihak kmc (hospital swasta) memaklumkan bahawa ambulans mereka dalam perjalanan mengambil pesakit lain dan mungkin mengambil masa sejam untuk sampai ke rumahku...
mau atau tidak, aku terpaksa hubungi pihak htaa kuantan untuk mendapatkan bantuan ambulans...
alhamdulillah, pihak htaa dapat menyediakan ambulans...
jam 7 lebih, mereka sampai di jbtn kecemasan htaa...
along & abah menemani ma ketika di dalam ambulans...
aku & adik terpaksa menaiki kereta sendiri...
sampai di sana, mereka memberi bantuan pernafasan, mengambil darah, masuk air...
kami bergilir2 curik masuk untuk menemani ma...
doktor memanggil ayahku untuk bertanyakan sejarah perubatan ma...
aku pun ikut sama...
aku ceritakan semuanya dari awal...
julai 2007 - barah mula dikesan...
dec 2007 - menjalani pembedahan membuang sebelah payudara di kmc kuantan...
jan hingga jun 2008 - menjalani 6x kimoterapi di htaa kuantan...
julai hingga september 2008 - menjalani 33x radioterapi di hkl...
november 2008 - doktor mengesahkan barah kembali menular, ma perlu menjalani 6x rawatan kimoterapi lagik...
ma kate, dia sudah tak sanggup... sakitnya hanya dia yang tau...
kami tidak berani memaksa tapi kadangkala kami cuba juga memujuk...
dalam masa yang sama kami cuba berubat cara alternatif...
malangnya tiada yang serasi...
jan 2009 - ma mula rasa semput2...
ditahan semingu di kmc & setelah di x-ray, doktor memberitahu, paru2 ma telah dipenuhi air... Dr. Lee (doktor yang merawat ma ketika di kmc) terpaksa menebuk di belakang badan untuk membuang air... hampir 2L air bercampur darah yang dikeluarkan...
hari pertama, proses dibuat oleh doktor lain (krn Dr. Lee bercuti) dan ma memberitahu yang proses itu sangat sakit kerana doktor tersebut berulangkali menebuk untuk mencari tempat yg sesuai...
esoknya, ketika Dr. Lee yang membat proses tersebut, hanya sedikit kesakitan yang dirasai... sebelum pulang, Dr. Lee telah memaklumkan kepada kami bahawa keadaan ma memang agak kririkal... walaupun air + darah telah dikeluarkan, kejadian ini akan berulang lagi dalam masa 3 minggu...
Dr. Lee juga menjangkakan yang hayat ma aku mungkin cuma ada 3 bulan sahaja lagik...
tetapi ini semua kuasa Allah S.W.T... doktor hanya merancang, Tuhan yang menentukan...
kami tidak berhenti berikhtiar...
kami beli produk annusyrah...
kami bawa berubat...
akhir bulan mac 2009... sekali lagik ma dimasukkan ke kmc kerana ada ulat di sekitar kudis2...
pulang dari kmc, ma selalu mengadu sakit perut...
selera makan hilang...
bubur hanya 2-3 sudu...
macam2 makanan yang lembik kami beli...
hanya 2-3 sudu yang dimakan...
kdg2 langsung tak disentuh...
kemudian, along aku balek ke kuantan...
bimbang sesuatu buruk terjadi...
dan sehinggalah pada 16 april 2009, ma mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke htaa...
doktor di jbtn kecemasan memberitahu yang bila2 masa ma boleh pergi...
mereka hanya mampu memberikan bantuan oksigen, memasukkan darah, memasukkan air...
jantung ma boleh berhenti bila2 masa...
aku rasa macam nak gugur jantung masa tuh...
tapi kami kena kuat semangat...
pukul 10lebih, ma aku dipindahkan ke wad tanjung 4c...
malam tuh, ma minta aku menemankannya di wad...
selalunya ma admit di kmc, jadi kami sekeluarga menemani ma...
tapi di hospital hanya seorang waris dibenarkan menunggu...
malam itu, aku menemani ma...
kemudian mereka menyalin baju ma...
pukul 12 lebih, sepupu aku menghantar kipas kerana ma bagitau yang dia rasa panas...
pukul 1 pagi, abah, along & adik pulang ke rumah...
aku duduk di atas kerusi di sebelah katil ibuku...
aku rasa sungguh tidak sedap hati...
pukul 3 pagi, ma bagitau yang dia rasa tidak boleh bernafas...
aku bagitau staffnurse...
staffnurse maklumkan bahawa oksigen yang diberikan sudah kuat...
diorang tidak mampu berbuat apa...
aku cuba bercakap2 dengan ma dan tidak membenarkannya tidur bimbang dia tidak dapat mengawal pernafasannya...
tiba2 ma memberitahu padaku "jaga adik elok2" sambil mukanya dipalingkan ke arah lain...
aku jadik sebak...
sepanjang malam hingga ke pagi, aku bercakap dengannya...
aku bagitau padanya supaya kuat semangat, lawan sakit..
nanti selepas keluar dari hospital aku akan carikan lagik tempat untuk berubat...
heri semalam aku baru jer menghantar permohonan untuk bercuti separuh gaji selama 2 bulan mulai mei 2009...
pukul 7 pagi, abah, adik & along sampai...
pukul 8 lebih, staffnurse minta kebenaran untuk lap badan ma...
kami duduk di luar sementara menunggu...
pukul 10 lebih... pelajar kolej shahputra bersama cikgu mereka meminta kebenaran untuk mencuci kudis ma...
mereka mohon kipas ditutup...
aku faham prosedur hospital & aku minta kebenaran untuk tinggal di dalam untuk mengipas ibuku dengan kertas...
aku rasa bengang yang amat...
rupanya ketika itu percubaan pelatih jururawat tersebut untuk mencuci luka...
sangatlah terhegeh2...
beberapa kali aku bagitau yang ma dah tak tahan...
tapi cikgu diorang kata kudis banyak jadik amek masa yang lama...
walaupun aku tidak pernah belajar secara khusus tentang bidang nih, hanya belajar dari staffnurse yg datang dressing ke rumah & juga dari Dr. Lee di KMC tetapi aku tau cara2 mencuci yang betul dan tidak lah mengambil masa yang sangat lama...
hampir sejam... kalau hendak belajar sekali pun, tengoklah keadaan pesakit & cubalah belajar untuk kudis yang sedikit dahulu...
ini tidak, terhegeh2 nak perah kapas...
terhegeh2 nak cuci...
aku jadik tidak puas hati...
setelah selesai semuanya, mereka minta pindahkan katil...
tengahhari hingga ke malam, tak putus2 rakan2 & saudara mara dtg melawat...
aku lihat ma memandang mereka dengan pandangan yang kosong jer...
malam tuh, ada seorang Jururawat Masyarakat (JM) namanya RT datng memberitahu yang mereka ingin menukar cadar...
kami tanyakan pada ma, tapi ma menggeleng...
aku tau, dia tidak larat untuk menggerakkan badannya...
kami bagitau kepada RT yang ma tak mahu cedarnya ditukar...
tp RT meninggikan suara...
dia menyuruh 2 orang nurse pelatih utk tukarkan cadar...
tapi kami mohon jasa baik nurse pelatih tersebut untuk tidak menukar cadar...
kami katakan sekiranya RT bertanya, katakan saja semuanya dah siap...
tp tibe2 selepas tuh, RT datang dan menyelak cadar dan dia dpt tau yg kami menipu...
kami katakan yg kami tak sampai ati dlm keadaan ma yg semput...
lepas tuh, die bebel ape ntah...
aku buat dono jerk...
malas nak gaduh2...
pukul 3 pagi, sekali lagi ma rasa sesak nafas...
kebetulan abah turun ke bawah...
kami meminta abah naik segera...
bila kami beritahu doktor, doktor cuma bagitau yang mereka tidak dapat berbuat apa2...
mereka minta ajar mengucap & bacakan yasin...
kami sapukan air ke kepalanya, mukanya, urut kakinya...
buat apa saja yang kami termampu...
along telah menghubungi dr. lee di kmc untuk memindahkan ma ke sana...
kami sedar ajal tidak mengira tempat dan masa tp sekurang2nya kami hendak memberikan layanan terbaik kepada ma...
ketika sedang berbincang cara untuk memberitahu kepada doktor di htaa untuk meminta kebenaran menukarkan ma ke kmc, RT datang bgtau nak tukar cadar & baju...
kami cakap yang tak payah tukar... ma semput nanti kalau gerak...
dia tetap nak tukar...
kami mengalah...
kami minta kebenaran untuk salah sorang tunggu di sisi ma, tetapi tidak dibenarkan...
aku jadi nak marah...
aku cakap yang kalau jadi apa2 kat ma, aku takkan berdiam diri...
ketika mereka sedang menukarkan baju, tiba2 mesin bacaan oksigen berbunyi...
aku & along cepat2 masuk...
RT keluar, hanya tinggal budak pelatih...
tiba2 staffnurse lain masuk...
kami bagitau, cukuplah... tak payah salin apa2 dah...
diorang ckap ini prosedur hospital...
kena bersihkan patient...
kami akur...
tapi lagi sekali mesin berbunyi dan ketika kami masuk, ma sedang meracau2...
dia cakap pompuan tuh tipu sambil memandang pada nurse2 yang ada di sekitar...
dia langsung tak hingin nak pandang pd nurse2 yg lalu...
apabila nurse perempuan datang. dia seperti memberontak...
tapi bila nurse lelaki & doktor lelaki yg datang, dia diam...
kami sedih sgt...
kami ajar die mengucap...
tidak lama kemudian, dia senyap...
aku tau, ajalnya makin hampir...
kebetulan bateri enset semuanya habis...
cuma enset abah je tinggal 1 bar...
aku call makteh aku bgtau...
tak lame lepas tuh, semua nya sampai...
kami bacakan yassin...
tepat jam 11.15am, ma menghembuskan nafasnya yang terakhir...
aku sedih sgt...
rase mcm nak pengsan...
tp, aku cuba kuatkan semangat...
setelah doktor mengesahkan kematian, along, adik & beberapa orang sedara aku pulang ke umah...
mereka menyediakan apa yg perlu...
aku, abah dan yg lain2, tinggal di hosp. untuk uruskan apa2 yang berkaitan...
kemudian RT datang untuk membalut mayat arwah ma...
kemudian, dia panggil kami untuk melihat arwah sebelum arwah di bawa pulang...
ketika itu, aku langsung tidak memandang muka RT...
aku takut aku tak dapat mengawal kemarahan...
ketika menguruskan dokumen2, aku bagitau pada staff nurse tentang kejadian yg terjadi...
aku juga mengucapkan terima kasih di atas segala layanan yg diberikan...
kemudian, mayat di bawa ke bilik mayat sementara menunggu van jenazah...
sementara menunggu van sampai, aku call aima...
hanya itu satu2 nya nombor yg aku hafal...
kebetulan aima & beberapa kawan yg lain ada di opis...
mereka dtg berjumpa dengan aku...
aku semakin tidak dapat mengawal kesedihan...
van sampai...
aku, abah & makchik ikut sama menaiki van jenazah...
sampai di rumah, sudah ramai yg menanti...
sedara mara, jiran2, mahupun rakan2 seopis juga opis lama... semuanya datang...
aku sangat terharu...
persiapan pun dilakukan...
aku, along & adik turut sama memandikan mayat, mengapan mayat...
walau sedih, aku cuba tahan...
kemudian, kami mengucup wajah arwah ma buat kali terakhir...
berkali2 kami menciumnya...
kerana selepas ini kami tidak dapat lagi melakukannya...
kemudian jenazah disembahyangkan...
abanglong aku call bgtau yang dia sudah hampir dgn rumah...
dia minta kami tunggu kerana dia juga mahu sembahyangkan jenazah...
tepat azan asar, abang long sampai...
kemudian, jenazah di bawa ke tanah perkuburan peramu...
selang 2 kubur dari kubur arwah sepupu aku...
alhamdulillah semuanya berjalan lancar...
saudara mara, jiran2, rakan2 ramai yang datang...
ketika itu, aku rasa seperti tidak mahu pulang ke rumah...
setelah dipujuk, akhirnya aku dengan berat hati beralah jua...
malam itu, kami mengadakan sedikit kenduri & bacaan yaasin...
selesai kenduri, setelah mereka pulang ke umah masing2, kami tidur di depan beramai2...
kami tidur bersama2 tilam, bantal & selimut yg digunakan oleh arwah...
mlm itu, kami terlena awal...
mungkin kerana sudah lama kami tidak tidur lena...
alhamdulillah, kami tertidur hingga ke pagi esoknya...
jadi, dengan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf2 di KMC, HKL, HTAA, sedara mara, rakan2, jiran & kepada semuanyalah di atas pertolongan dan bantuan anda selama ini...
jasa kalian, hanya Alah S.W.T. yang dapat membalasnya...
p/s : entry ini sebenarnya ditulis pada 25april09 tp baru di post arinih...

2 9 t a h u n . . .

arinih aku genap 29 tahun...
mcm2 perasaan aku ketika ini...
gembira & bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memanjangkan umur aku...
terharu bila memikirkan jasa & pengorbanan bapa & arwah ibu...
sedih kerana pertama kali menyambut hari lahir tanpa ibu tersayang di sisi...
aku dapat byk sms, emel, komen yg wish besday aku...
juga tidak ketinggalan doa2 yg mintak aku murah rejeki, panjang umo & cepat kawen...
so, sempena bertambahnya umur aku kali nih, aku juga berdoa semoga aku panjang umo, dapat menjaga abah & adik aku, murah rejeki, berjaya dalam kerjaya, menjadi manusia yg berguna...
ttg jodoh, aku berserah pada Tuhan...
andai ada, adalah ia...
andai tiada, harap2 ada...
heheh...
entahlah...
lately nih, aku rase perasaan rindu aku pada arwah makin menjadi2...
kdg2 aku emo tak tentu pasal...
dengan kerja2 kat opis yang tak abis2...
dengan kerenah staf2 hosp, bozz2, rakan2 sekerja...
tensen btul...
aku rase mcm nak buat sesuatu yg baru...
sesuatu yg tidak membuatkan aku terikat...
aku dah bincang dgn makcik aku @ suya ttg 1 projek kecik2an nih...
cuma sdg go trough ttg mende nih...
harap2 berjaya...
nanti kalo projek tuh menjadi, aku akan war2kan di sini...
tungguuuu.....