ibu & bapa... semua orang pasti mempunyai ibu & bapa...samada mereka kenal atau tak... samada membesarkan mereka atau tak... mereka tetap ibu & bapa kita... ikatan itu tidak dapat dinafikan... aku sangat sayangkan ma & abah aku... mungkin aku tak pandai untuk menunjukkan rasa sayang aku pada mereka, tapi aku harap mereka faham yang aku sangat sayangkan mereka... lebih2 lagi, keadaan sekarang yang menjarakkan kami... selasa depan ma akan mula menjalani rawatan radioterapi selama 5 minggu... sehingga sekarang, hampir 3 minggu ma berulang-alik ke hkl untuk menjalani rawatan fisioterapi untuk melatih otot2 tangan supaya boleh diangkat tinggi agar proses radioterapi dapat berjalan lancar... walaupun operation untuk membuang sel kanser telah dijalankan, rawatan kimoterapi juga telah dijalankan, namun sel kanser tetap naik semula. Salah seorang doktor telah memaklumkan bahawa sel yang dihidapi oleh ma merupakan sel yang agresif... oleh itu, proses radioterapi perlu dilakukan dengan segera... aku tau ma memang seorang yang tabah... sekarang memang waktu yang sangat merumitkan aku... abah menemani ma di KL manakala aku menjaga adik di kuantan kerana aku bekerja manakala adik pula akan menempuhi trial upsr selasa depan... hari yang sama ma akan menjalani rawatan radioterapi... sudah banyak hari adik tidak hadir ke sekolah dan aku tidak bekerja kerana tiap2 minggu kami turun ke KL kecuali minggu ini kerana ma & abah pulang ke rumah... pagi2 hantar adik aku ke sekolah... kemudian aku ke pejabat... tengah hari ambil adik dari sekolah dan tumpangkan dia sehingga aku pulang dari kerja... malam hantar adik ke tuisyen... memang letih badan... aku dapat rasakan yang prestasi kerja aku sekarang sangat2 down... tapi aku akan cuba melakukan tugas2 aku dengan sebaik mungkin... cuma aku berdoa agar ahli keluarga ku diberi kesihatan oleh-Nya... Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan