tadik tengok keadaan ely semakin tak stabil...
dlam kol 3.30petang tadik cc aku ajak aku ke melaka esok hingga ahad...
ade meeting kesatuan...
aku macam 50-50 antar nak pi @ tak...
balek ke tempat aku, cousin aku call bagitau yang jantung ely berhenti berdegup...
aku cepat2 naik ke atas...
aku tunggu di luar kerana ketika iu ramai yang masuk...
bila aku masuk, sungguh terharu...
masing2 mengajar mengucap dua kalimah syahadah & membacakan yasin...
abah & adik sampai seketika kemudian...
kami sama2 bacakan yasin...
lepas maghrib, aku pulang ke rumah menghantar adik dan mandi2, terus ke hospital semula...
sampai di hospital, aku sambung membacakan yasin...
jam 11pm aku seorang diri...
aku gunakan masa ini untuk membacakan yasin & bercakap dengannya walaupun doktor sendiri tidak tahu samada dia dapat mendengar @ tidak kerana katanya ely bukan koma...
doktor mengesahkan yang 11 kali jantung ely berhenti berdegup, kemudiannya ada kembali...
kata doktor, biasanya bagi orang muda, setelah sekali cpr dilakukan, jantung akan kembali normal tetapi tidak pada ely...
hampir jam 12, aku keluar untuk memberi peluang pada makchik & shanor(pakwe ely) masuk...
malam itu, aku tidur di bilik menunggu icu untuk menemankan makchik kerana bimbang sesuatu terjadi di tengah malam...
Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau panjangkan umurnya...
Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan