background

Isnin, 5 Januari 2009

s t r o k e . . .

pagi2 punch kad, terus naik wad tengok ely...



tapi doktor tengah check...



so, tak leh lama2 lah...



tengah hari naik tengok keadaan dia macam tak stabil... mata merenung je kat orang yang datang...



petang sekali lagi aku datang melawat...



aku difahamkan yang ely terkena stroke...



hari sabtu, sebelah kiri lembik...



kemudian keadaan stabil...



hari semalam, sebelah kanan pula yang terkena...



so, diroang cepat2 bawak ke hospital...



setelah buat scan, doktor mengesahkan yang SLE yang dihidapi telah menyerang otak...



kebetulan aku terjumpa atendan yang menguruskannya ketika di wad kecemasan, pemerhatian & seterusnya membawanya ke wad...



dia ceritakan keadaan yang berlaku...



katanya ketika itu, sebelah kanan ely memang lembik...



mulutnya juga senget dan tidak dapat mengontrol air liur dari keluar...



ini menyebabkan dia perlu ditahan di wad...



aku lihat keadaan ely ketika ini tak keruan...



sekejap2 menangis kesakitan ketika bergerak...



lehernya seperti tidak boleh bergerak walau sedikit pun...



sungguh kesian melihatnya...



cakapnya juga sukar difahami...



jam 7lebih aku pulang ke rumah...

Tiada ulasan: