pagi tadi mata amatlah mengantuknya...
tapi kena gagahkan diri juga untuk bangun...
sampai dari melaka jam 3 pagi...
pagi kerja macam biasa...
hajat nak tengok ely tapi kerja banyak, so fikir punya fikir, tengah hari lah naik jengok...
sampai waktu tengah hari, sedar tak sedar jam dah dekat pukul 2pm...
petang lah pulak nak naik...
pukul 4.30 kemas2 beg nak naik atas...
nanti pukul 5pm, punch card, terus naik atas...
tengah2 kemas beg, ada sms dr cousin masuk...
"awak! betul ke ely dah takde?"
berderau darah aku...
terus aku call dia balik...
dia cakap abah dia baru call dia...
so, aku terus call abah dia...
dan pakteh aku mengesahkan perkara tuh...
terdiam aku jap...
macam2 yang aku fikirkan...
aku pun cepat2 beristighfar dan bgtau lynn (member sebelah meja aku) yang cousin aku dah meninggal dan aku nak naik atas dan mintak tolong dia punchkan kad aku...
aku cuba kawal diri aku, tapi airmata tetap mengalir...
mengalir kerana terkilan aku tak datang melawat hari ini...
kat luar pintu icu, aku jumpa dengan makteh & pakteh aku...
aku pun ajak makteh aku masuk sekali...
aku pun ajak makteh aku masuk sekali...
sampai jer kat makchik aku, makchik aku terus peluk aku...
aku sendiri pun sebak, tak dapat nak memujuk makchik aku...
masa tuh, misi2 sedang mencabut semua wayar2 yang ada pada badannya...
lepas dah cabut semua wayar2 tuh, misi benarkan kami masuk...
masa tuh aku, ayahchik, makchik & fizi (abang ely) masuk ke dalam...
aku pegang makchik...
hampir nak jatuh dia...
aku dapat rasakan kesedihan yang mereka rasa...
walaupun hanya sepupu, aku dah anggap semuanya seperti adik2 aku...
paling aku touching masa aku masuk bilik, makchik aku berdoa di depan sekujur tubuh arwah yang telah dibungkus dalam kain putih......
"Ya Allah Ya Tuhanku... aku redhakan Kau ambil nyawa anakku... terima kasih kerana pinjamkannya kepada kami... Kakngah!!!... Ma redhakan Kakngah... Ma ampunkan semua dosa Kakngah... Ma halalkan setiap titik susu Ma pada Kakngah... Ya Allah Ya Tuhanku... kau tempatkanlah anakku di tempat orang2 yang beriman... Amin..."
beberapa kali makchik aku hampir nak pitam...
cepat2 dia berisghtighfar...
kami pun keluar dari bilik...
atendan (ciklah) dari bilik mayat sampai seketika kemudian...
mayat di bawa ke bilik mayat...
doktor memberitahu yang mayat terpaksa dimandikan & dikapan di bilik mayat hospital kerana ada kuman...
setelah berbincang2, akhirnya kami bersetuju mayat di bawa & dimandikan di cenderawasih...
ketika menunggu kereta jenazah sampai, kemudian ciklah membenarkan kami untuk melihat jenazah...
setelah semua saudara-mara melihat, aku memimpin makchik aku ke dalam...
kali ini aku dapat melihat wajahnya...
aku sempat mengucup dahinya...
wajahnya sangat bersih...
arwah pergi dengan aman...
aku tak dapat menahan kesedihan...
seberat mana kesedihan yang aku rasa... berat lagi kesedihan yang ditanggung oleh keluarganya...
aku amat2 terkilan kerana tidak naik melawatnya siang tadik...
kebiasannya aku akan naik setiap pagi, tengahari & petang...
walaupun aku telah bercakap dengannya (walaupun aku sendiri tidak pasti dia dapat mendengarnya @ tidak) aku tetap merasa terkilan...
kira2 jam 6.30pm, kereta jenazah tiba dan membawa jenazah & keluarga ke masjid cenderawasih...
aku sempat singgah sekejap tapi tidak masuk kerana keadaan yang tidak mengizinkan...
betapa ramainya manusia ketika itu yang datang kerana kebetulan ada ceramah...
beruntung arwah kerana ramai yang menyembahyangkannya...
kami semua menunggu di rumah...
selepas solat isyak, jenazah di bawa pulang ke rumah...
tetapi tidak dibawa masuk ke dalam rumah kerana ada yang menasihatkan tidak elok membawa jenazah ke sana sini...
kami semua follow kereta jenazah ke tanah perkuburan peramu...
jenazah disemadikan kira2 jam 9.30 malam...
setelah selesai, kami semua pulang ke rumah...
jam 10 lebih, aku pulang ke rumah untuk mengambil baju kurung untuk ke ofis pada esok pagi...
jam 1 lebih, saudara mara beransur pulang...
ketika itu, hanya tinggal keluargaku dan keluarga makchik...
beberapa kali makchik bertanya padaku adakah dia bermimpi...
ketika hendak tidur, masing2 mengambil bantal yang sering digunakan oleh arwah...
hampir 4 pagi, makchik ku tertidur...
barulah aku dapat melelapkan mata...
semoga makchik & keluarga tabah menghadapinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan